KEBAIKAN globalisasi

 


1. Globalisasi dapat memajukan ekonomi negara.

 ● Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagangan antarabangsa .

● Ekonomi negara berkembang pesat.

● E-dagang dan perbankan dapat dijalankan.


2. Globalisasi dapat mewujudkan persefahaman sejagat.

● Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan komunikasi.

● Pertukaran pengetahuan, pengalaman budaya dan sebagainya bergerak dengan bebas.

● Menjalinkan hubungan erat dan mengurangkan salah faham.


3. Pemindahan teknologi bertambah pesat.

 Pelaburan asing membawa teknologi baru ke sesebuah negara.

Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih.


4. Sosial

Sistem pendidikan akan terus berkembang pesat dengan adanya internet. Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau luar negeri.

Ilmu -ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan luas.

Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia. CONTOHNYA, bidang perubatan, pemakanan dan senaman yang betul.

Comments