Definisi

 





Globalisasi ialah aktiviti pengurusan antara sempadan atau proses-proses pembangunan untuk diadaptasikan kepada kemunculan suatu pasaran global atau untuk mencari dan merealisasikan manfaat dari ekonomi skala,skop atau dari pemelajaran merentasi sempadan antara organisasi yang lain.

Selain itu, globalisasi juga merujuk kepada pertambahan saling bergantungan ekonomi negara di seluruh dunia melalui pertambahan pantas dalam gerakan lintas sempadan barangan, perkhidmatan, teknologi dan modal. Ia adalah proses menambah integrasi ekonomi diantara negara , membawa munculnya pasaran global atau pasaran dunia tunggal.


Terdapat 3 Ciri-ciri Globalisasi

1.  Perubahan kemajuan dan perkembangan teknologi dalam segala aspek.

2. Pasaran ekonomi negara yang saling bergantung.

3. Berlaku aktiviti interaksi dan pertukaran budaya tanpa disedari.






Comments